Thursday, April 28, 2011

Rindu Serindunya

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin ku lupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu


Verse

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
Rindu rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti
Pilu pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak peduli
Malu semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Ulang Daripada Verse

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu

Lirik Lagu Untuk Mengubat Rindu
Dari "PEMBURUTINGKAP"

Masyarakat Lupa Akan Tanggungjawab Kepada Negara

Kenapa masyarakat selalu lupa akan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan negara sendiri.. Segelintir masyarakat malaysia suka membuang sampah merata2 dan tidak tahu membuang sampah ke dalam tong sampah...Adakah mereka suka dengan tempat yang kotor... Siapa yang nak bertanggungjawab untuk menbersihkan tempat yang banyak sampah... Adakah mereka suka hidup dengan kawasan perumahan mereka penuh dengan sampah sarap... Jangan salahkan Majlis Perbandaran kerana tempat tinggal mereka penuh dengan sampah... Ada juaga yang melihat sampah itu tetapi tidak mahu membuangkannya ke dalam tong sampah malah mereka siap sepak2 sampah tersebut adakah pekara seperti itu perlu dicontohi oleh golongan muda atau golongan tua...Masyarakat ini suka merungut dengan pihak kerajaan kenapa tempat tinggal atau tempat kerja mereka penuh dengan sampah, tetapi mereka tidak sedar semua itu datangnya dari mereka...

Bukan itu sahaja sungai juga jadi tempat mereka untuk membuang sampah... Adakah sungai itu tempat membuang sampah... Kenapa segelintir suka buang sampah ke dalam sungai kerana mereka semua malas mahu membuang sampah ke dalam tong sampah kerana meraka malas mahu jalan jauh2 untuk buang sampah... Adakah mereka tahu betapa pentingnya sungai itu... Kalau sungai kita kotor ke mana lagi kita mahu berkelah didalam hutan ke... Kalau sampah penuh dalam sungai macam mana pelancong mahu melawat ke MALAYSIA adakah mereka tahu semua itu... Dengan negara yang kotor pelancong semua tidak mahu datang melancong ke negara kita... Jadi ingatlah jaga kebersihan negara kita supaya ramai pelancong mahu datang untuk melihat atau melancong di negara kita dengan selesa dan nyaman...

Renung-renungkan la dan selamat beramal
Dari saya "PEMBURUTINGKAP"
Assalamualaikum..