- Lima pasang stoking direndam di dalam laut merah. Setiap pasang berwarna putih, hijau, biru, kuning, dan oren. Akan terjadi apa setiap pasang stoking tersebut apabila direndam di dalam laut merah tersebut!!?
- Seekor lembu menghadap utara, kemudian berpusing ke kanan 180, kemudian berpusing 270 ke kiri. Ke arah manakah lembu itu menghadap sekarang!!?
- Benda apakah kalau dimasuk ia menjadi tegang, kalau dikeluarkan ia menjadi kendur?! Apakah ia?
- Ada pokok tapi tak ada daun, ada sungai tapi tak ada air, ada gunung tapi tak ada tanah, ia rata. Apakah bendanya??!
- Seorang lelaki yang gemar menjelajah hutan gemar menangkap dan mengumpul pelbagai jenis burung. Bagaimanakah lelaki tersebut menangkap 100 ekor burung yang dia perolehi daripada sebatang pokok yang tinggi?!
- Seorang pelancong kebingungan dengan pertanyaan seorang kanak-kanak ini. Dia bertanya kepada pelancong tersebut, burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring, boleh berjalan, tapi tak boleh terbang?!
- Seorang pesakit menghidap penyakit kanser hati bertanya kepada seorang doktor bedah. "Doktor, kenapa kalau buat pembedahan, doktor mesti tutup mulut saja?" Apa doktor tu cakap?
Fikirkan apa jawapannya..
Sekian sahaja dari saya "PEMBURUTINGKAP"
No comments:
Post a Comment