Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

OBESITI DI MALAYSIA - APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat.
 
Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion  penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus

Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak
Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards  ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.

 
Salam dari saya "PEMBURUTINGKAP"
Renung-reningkanlah dan selamat beramal..

Sunday, January 30, 2011

Sejuk Betul Hari Ini..

Hujan tidak berhenti-henti dari semalam hingga ke hari ini..Sejuk betul hari ini sampai berapa kali keluar masuk bilik air....Nak mandi pn xleh.....Bila hujan ni la dipanggil rahmat....Klau pn sjuk td saya bersyukur kepada ALLAH..Jangan la sesekali merungut kerana ujan...Hujan ni la menbolehkan kita semua berehat di umah....Ble ujan ni msti semua orang rase malas nk kuar umah...Jdi ble duk umah jgn la tdo shaja tidak elok utk badan ke..Buat la benda yg berfaedah diumah...Tgk tv bersama keluarga ke..kemas umah ke...Bce paper ke, men game ke janji jangan terlalu byk untk tido shaja...Sekira nye sesiapa yg byk basuh bju tu jgn la ssh aty bju bleh kering..Sidai la didalam umah, wlaupn lmbt kering tetapi pasti kn ia tidak berbau....Jgn ske men ujan kerana nanti boleh demam...Ble ujan je smua yes best nye boleh men ujan, tidak ujan ni juga bleh menbuat kita sakit, seperti demam, pening, selesema....Klau kita terkena ujan cpat2 la mndi takot2 demam atau pening...Hujan ni juga boleh menyegarkan tumbuhan kita..

Saya juga nk nasihat kan kepada orang yang ske mencemarkan alam sekita ni...tolong la jgn tebang semua pokok kerana pokok tu la yg menbolehkan kita berteduh ape bila ujan lebat.....Dan jangan la buang sampah didalam sungai boleh menyebab kn banjir kilat...Bagi yg menandu tu jgn la pandu laju2 kerana meeboleh belaku nye kemalangan....Jadi berfikir la sebelum terkena pada kita....

Renung-renungkanlah dan selamat beramal
Dari saya "PEMBURUTINGKAP"
Sekian terima kasih...
Assalammualaikum.

Thursday, January 6, 2011

Tip Sihat Makanan Berkhasiat

Senarai Makanan Dan Hikmahnya Dalam Al-Quran

Epal(tuffah):Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis.Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus(hiyawn):Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang(mawz):Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Bunga Kubis(qunnabit):Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk perlihatan.

Lobak Merah:Kegunaannya memanaskan badan.Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Telur(baydah):Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak)bukan direbus keras.Putih telur melegakan apabila kita melucur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Salam dari saya "PEMBURUTINGKAP".
Assalamualaikum.

Tuesday, January 4, 2011

Adab-Adab Pergaulan Alam Percintaan

ALLAH telah menciptakan Hawa sebagai pendamping Adam didunia pertama.ALLAH telah mencipta Khadijah sebagai pasangan hidup RASULLUAH S.A.W ketika senang dan susah.ALLAH minciptakan setiap sesuatu berpasangan.Antara lelaki dan perempuan punya tarikan diantara satu sama lain.Perasaan cinta dan sayang bercambah sehingga terbentuk sebuah perkahwinan yang kekal abadi.Namun begitu,islam mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan.Cinta yang baru hendak bercambah perlulah dibajai sebaik mungkin.Perkara maksiat perlulah dijauhi sepenuhnya.Antara adab-adab pergaulan di alam percintaan yang dipetik daripada buku karya Dato'Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ialah:




@ Pasangan islam perlulah memelihara mata dengan menundukkan pandangan.
@ Pergaulan antara lelaki dan wanita mestilah dengan niat sebagai satu usaha untuk menbina keluarga(perkahwinan).
@ Tiada alasan untuk berfoya-foya atau test market.
@ Hadkan kekerapan dalam tempoh pandangan andai boleh menaikkan nafsu syawat.
@ Tidak bercakap berdua-duaan tanpa kehadiran mahram.
@ Tidak bercakap atau berjumpa ditempat sunyi yang boleh menimbulkan fitnah.
@ Tidak bercakap perkara-perkara yang melalaikan sehingga membuang waktu yang boleh dimanfaatkan.
@ Jadilah siapa diri anda yang sebenar,tak perlu tatarias wajah setebal 7inci,tak perlu melunakkan suara,tak perlu buat-buat tersipu dan tidak perlu berpakaian yang labuh dengan kemegahan..
INGATLAH!!!"seburuk-buruk manusia adalah manusia yang suka berpura-pura..

Renungkanlah dan selamat beramal
Dari saya Pemburutingkap..
Sekian dari saya...
Assalamualaikum...
Terima kasih

Hidup Cemerlang Tanpa Rokok

Mengapa Individu Itu Merokok?
*Individu itu merokok kerana daripada pengaruh rakan sebaya.
*Tekanan sosial yang terlalu kuat.
*Pengaruh daripada persekitaran orang yang merokok.
*Melarikan diri dari masalah yang dihadapi.
*Kegagalan untuk menyelesaikan malasah yang menimpa terhadap diri kita.

Bahaya Merokok
*Boleh membahayakan kesihatan diri perokok
*Mudah mendorong kepada penagihan dadah
*Menyumbang kepada pencemaran udara
*Boleh membahayakan kesihatan individu yang menghidu asap rokok
*Boleh mencemarkan alam sekitar(perbuangan puntung rokok di merata tempat

"PERINGATAN"Kepada Individu Yang Merokok Dan Tidak Merokok!!!!!
*Janganlah merokok di kawasan larangan merokok
*Tidak merokok berdekatan dengan kanak-kanak,murid-murid,ibu mengandung,orang sakit dan cacat akal
*Orang merokok tidak harus menawar rokok kepada orang lain
*Tidak menjual rokok kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun
*Membuang puntung rokok dengan sempurna supaya tidak membahayakan alam sekitar

Renung-renungkan la dan selamat beramal.
Salam dari saya "PEMBURUTINGKAP"
Terima Kasih...