Wednesday, August 3, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Bulan kelapan dinamakan Ramadhan (Ramadhan = panas terik atau terbakar). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu cuacanya sangat panas. Jika orang berjalan tanpa alas kaki, telapak kaki akan rasa terbakar. Dalam Islam, erti kata terbakar itu dimaksudkan sebagai pembakaran dosa bagi orang yang menunaikan puasa di bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud:
''Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan''


Sabda baginda dalam hadis yang lain,:
''Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan semua sepanjang tahun itu Ramadhan''


--Setiap amalan kebajikan akan bergandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda pahala.
--Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
--Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertama dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
--Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat sunat yang lain.
--Banyakkan berdoa, berzikir selawat, menbaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.
--Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan menbantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
--Menberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Sekian terima kasih,
Dari saya ''PEMBURUTINGKAP''
Renung-renungkanlan dan selamat beramal
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment