Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

IBU Buah HatiKu

Ibu,engkau umpama matahari,
Yang menyinari hatiku,
Wajahmu tidak boleh ku lupakan,
Walaupun berjauh dengan mu wahai ibu.

Ibu,engkau ampunilah dosa-dosaku,
Yang banyak menyakiti hati mu,
Janganlah ibu menitiskan air mata,
Dengan sikapku yang kasar ini.

Ibu.....Ibu.....Ibu.....
Ku tidak akan lupakan jasamu,
Ku akan belajar bersungguh-sungguh,
Untuk membuat ibuku tersenyum.

Ibu,ku amat menyayangi mu,
Ku menrindui mu,
Andainya ku pulang,pulang dengan kerjayaan,
Aku mahu mencium tangan mu ibu yang
banyak mendidik aku.

Renung-renungkanlah dan Selamat beramal
Sekian Terima Kasih
Karya "PEMBURUTINGKAP"

Wednesday, January 5, 2011

Daerah Kemiskinan

Daerah yang miskin rezeki,
Luntur sudah bersama hati,
Hendak meratap kerana hiba,
Kering sudah telaga dimata.

Yang berhadap bukan hidup meracau,
Atau tenggelam di lombong hijau,
Sekadar rahmat pelepas penderitaan,
Rimbun kasih penuh keadilan.

Daerah yang kemiskinan rezeki,
Hilang kekuatan dalam mencari,
Segala terdesak kehilangan peri,
Kepincangan memanjang memamah budi.

Dengan hati penuh berani,
Hancurkanlah segala yang keji,
Daerah hitam kemiskinan rezeki,
Capailah hidup penuh murni.

Karya "PEMBURUTINGKAP"