Friday, August 12, 2011

Malam 1000 bulan

"Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS al-Qadr [97]: 1-5).

Begitu besar kasih sayang yang diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bernama manusia, Sebagai hamba yang menpunyai tabiat yang sering jatuh bangun dalam lumpur dosa tidak sekalipun Allah melupakan kita. Allah sentiasa mengasihi dengan menberi kita kemudahan-kemudahan untuk mensucikan diri dari segala dosa dan kemaksiatan. Tidak boleh dibayangkan, sebersa apa noda hitam kemaksiatan itu tergores dalam hati, Allah tetap melimpahkan ampunan-Nya yang Maha Luas.

Bahkan, salah satu malam yang diselimuti keberkatan hanya terdapat pada salah satu malam di bulan Ramadhan. Betapa agungnya Ramadhan sehingga tidak ada malam mulia yang lebih baik dari seribu malam. Rasulullah saw, bersabda, "Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadar, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lepas. (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw memberi penjelaslannya yang kepada kita tentang keutamaan-keutamaan malam yang penuh berkat. Sebagai malam yang terbaik diantara malam yang ada, didalamya Allah telah menjanjikan pada hambanya yang ikhlas berharap untuk mendapatkan perlindungan-Nya di hari akhir, akan melipatganda sampai 1000 bulan untuk amal-amalan kebaikan yang dilakukan pada malam ini.

"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar. "Antara ketentuan yang diperlakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut:

-Pada malam 17 Ramadhan; atau

-Pada malam ganjil mulai dari 10 dari yang terakhir pada bulan Ramadhan.

Sekain,Terima Kasih
Dari saya "PEMBURU TINGKAP"
Renung-renungkanlah dan selamat beramal..

Selamat Hari Raya









Wednesday, August 3, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Bulan kelapan dinamakan Ramadhan (Ramadhan = panas terik atau terbakar). Dinamakan demikian kerana pada bulan ini dahulu cuacanya sangat panas. Jika orang berjalan tanpa alas kaki, telapak kaki akan rasa terbakar. Dalam Islam, erti kata terbakar itu dimaksudkan sebagai pembakaran dosa bagi orang yang menunaikan puasa di bulan Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud:
''Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan''


Sabda baginda dalam hadis yang lain,:
''Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan semua sepanjang tahun itu Ramadhan''


--Setiap amalan kebajikan akan bergandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda pahala.
--Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
--Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertama dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
--Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat sunat yang lain.
--Banyakkan berdoa, berzikir selawat, menbaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain.
--Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan menbantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
--Menberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Sekian terima kasih,
Dari saya ''PEMBURUTINGKAP''
Renung-renungkanlan dan selamat beramal
Assalamualaikum.